http://www.islam.gov.my/e-hadith/orang-paling-sempurna-imannya
Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang
perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita
dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang
paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika
ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok
maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
1. Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam
membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan
mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
2. Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk
memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri
mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.
3. Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai
wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang
lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka
serta mengawal pergerakan mereka ini kerana kebebasan tanpa sempadan yang
diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam
masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
4. Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada
lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum
wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan
kerana lelaki lebih mampu sabar.

No comments:
Post a Comment