Friday 12 October 2012

ORANG YANG PALING SEMPURNA IMANNYA


http://www.islam.gov.my/e-hadith/orang-paling-sempurna-imannya

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah SAW bersabda:
 “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

                                                                                                                                      
Huraian Hadith: 
1. Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
2. Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.
3. Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana  kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
4. Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.

NIKMAT DUNIA YANG PALING BAIK




Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”. 
(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 
1.Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di 
dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan   
lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia.
2.Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang
solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada
Allah.
3.Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia   
dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada  
Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan 
yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain. 



Wednesday 6 June 2012

SURAH AL-FAATIHAH



Surah Al-Faatihah

A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:1
A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2)
A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:3
A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
(Al-Faatihah 1:4
A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Al-Faatihah 1:5
A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Al-Faatihah 1:6
A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Al-Faatihah 1:7

DENGAN IZINNYA JUA








BASIKAL KEGEMARAN